Wednesday, December 21, 2011

Bidang Morfologi

Bidang Morfologi


Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.



Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

Friday, December 16, 2011

SBPA HANYA ANIAYA KAKITANGAN AWAM

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam.

Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil.

Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain.

Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan.

"Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja.

Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan.

Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan.

"Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah.

"Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman.

Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

"Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat.

"Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau

Beberapa opsyen SPBA dibantah

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.
Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau

Sunday, September 6, 2009

Pendidikan Alam Sekitar

http://1.bp.blogspot.com/_8UWVEVk9-3c/SiQZexrDFbI/AAAAAAAAABQ/xVQNO1oP8sY/s320/fs_01.1.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_8UWVEVk9-3c/SiQZzYA9rnI/AAAAAAAAABY/ITkJowDRu7A/s320/n.jpg

Kepupusan flora dan fauna serta pembalakan

1.0 Pengenalan
Flora dan fauna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.. Flora dan fauna merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.
Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah.
Kepupusan flora dan fauna adalah disebabkan aktiviti-aktiviti manusia. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna menjadi kian penting kepada semua orang di bumi, tidak kira dimana mereka tinggal. Kepentingan hutan dan lautan sebagai satu sumber tadahan yang dapat menampung berbagai jenis penghidupan flora dan fauna .Kawasan hutan dan lautan amat kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga yang saling hidup dalam beraneka cara serta kadangkala berintergrasi antara satu sama lain kerana adanya pertalian pemakanan. Pertalian dan interaksi antara tumbuh-tumbuhan haiwan dan makanan dinamakan ekosistem. Faktor-faktor ekologikal mempengaruhi pertumbuhan, pembentukkan dan taburan tumbuh-tumbuhan. Seterusnya ia dapat memberikan gambaran tentang ciri-ciri sesuatu komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan di hutan dan lautan


2.0 Punca / Faktor
2.1Pembalakan haram
Pembalakan haram yang beroperasi berluasa faktor utama yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora, di antara 1986 hingga jun 1990 , dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu melebihi 320,000 hektar kawasan yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.
Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.Aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula

2.2 Pembakaran hutan
Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.
Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.
2. 3. Pembukaan Tanah Baru.
Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.
Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.
2.4. Pemburu Haram
Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja
Antara haiwan yang diburu bagi tujuan seperti berikut :
§ Beruang - diburu kerana kelenjar hempedunya
- daging dan tapak kaki
- makanan eksotik
§ Penyu - telur - tenaga batin
- daging
§ Badak - tanduk - untuk perubatan tradisional
§ Gajah - untuk gading
§ Harimau - untuk perubatan sementara anggotanya
berharga (perhiasan

2.5 Aktiviti Perikanan
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

2.6 Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air juga merupakan faktor kepada penyumbang kepupusan flora dan fauna. Antara punca-punca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air

2.7 Pembangunan
Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.
Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.
2.8 Peningkatan Suhu Dunia
Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinosour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.
Selain itu, cuaca panas terjadi akibat daripada pembakaran hidrokarbon yang menghasilkan CO. Interaksi CO dengan O diatmosfera menghasilkan CO2 yang menjadi terampai di atmosfera dan menghalang gelombang panjang sinar suria daripada lepas daripada lingkungan ini

3.0 Implikasi / Kesan
3.1 Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok

Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau. Penebangan hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liar terganggu menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah, badak,harimau kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan
Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.

3.2 Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik
Tumpahan minyak dan sampah sarat serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air
Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut

3.3 Menyebabkan hakisan Tanah
Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Ini kerana k awasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.Pembukaan tanah baru dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlaku hakisan tanah, perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak terkawal akan menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa perubahan suhu dunia.
3.4 Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu. Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.
Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global . Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas

3.5 Mecacatkan pemandangan alam
Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan yang indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.Pembuangan sampah sarap ke dalam laut

















4.0 Langkah-langkah
4.1 Pemuliharaan dan pemeliharaan
Pemeliharaan
Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semulajadi supaya kekal dan berterusan.
Pemuliharaan
Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.

4.1 Penghutanan Semula
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan semula,Memastikan spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan.

4.2 Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada
Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar.Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah sedia ada:
Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia)
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986




4.3 Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitardan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting
ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.

4.4 Pendedahan Media Massa
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya


5.0 Kesimpulan
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan sudah cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi hingga tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada hari ini. Jika kita memusnahkan hutan-hutan kita, mungkin kita tidak akan berada lagi di sini pada hari esok
Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang telah lama kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu papan dan sumber ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.
Pembalakan secara bijak boleh memenuhi keperluan kita terhadap kayu, pada masa yang sama memastikan hutan terus wujud. Penanaman semula hutan dan perladangan hutan adalah antara langkah terkini yang semakin kerap diamalkan di seluruh dunia. Namun, pembalakan haram dan insiden-insiden yang berlaku akibat kepincangan dalam pentadbiran harus dicantas dan dihentikan sama sekali, kerana aktiviti tidak beretika inilah yang menyebabkan kemusnahan hutan paling teruk.
Dalam menghadapi isu alam sekitar, antara peraturannya adalah "menerima hakikat" - hakikat bahawa manusia memiliki keperluan, dan alam sekitar memerlukan perlindungan. Jika kita dapat mencari titik pertemuan kedua-dua ini, dengan izin Tuhan bumi ini akan terus menjadi tempat hidup yang terbaik.

Tuesday, June 2, 2009

Arnold Gessel

Pengenalan
Arnold Gesell dilahirkan di Alma, Wisconsin, Arnold Gesell merupakan seorang ahli psikologi dan doktor yang mempengaruhi pemikiran rakyat Amerika dalam perkembangan anak-anak. Beliau mengisytiharkan, dengan rapi matlamat-matlamat bagi ahli reformasi sepanjang dalam separuh abad pertama ke dua puluh. Sepanjang beliau berada di Yale University, Gesell memperjuangkan piawaian minimum dan mentadbir secara profesional mengenai pembentukan keluarga. Beliau bekerja dengan pertubuhan-pertubuhan sokongan.Bagi beliau hari yang paling penting baginya adalah US CHILDREN Bureau dan Child Welfare League Amerika
Gesell bercakap dan menulis dengan meluas mengenai topik-topik seperti umur penempatan, preplacement ujian, dan penyeliaan klinikal dalam perkembangan. Beliau menyukai kerahsiaan rekod-rekod perkembangan. Reputasi orang ramai padanya adalah satu ciri bagi kerjayanya dan beliau berusaha dengan keras untuk mempopularkan kaedah-kaedah pemilihan saintifik dan bersesuaian dalam penerimaan. Ahli reformasi penerimaan yang seperti lain, Gesell percaya agensi-agensi pengambilan anak angkat dijalankan oleh pakar-pakar terlatih akan membuat pengambilan anak angkat terlalu ketat untuk mengelakkan pengambilan anak angkat pasaran gelap berdasarkan perdagangan atau sentimen.
Gesell menghadiri University of Wisconsin, di mana beliau telah membuat pembaharuan berperingkat. Selepas menyempurnakan Ph.D di Clark University, beliau beredar ke New York City, di mana beliau mengajar sekolah rendah dan tinggal bersama East Side Settlement House sebelum melancarkan satu kerjaya akademik. Beliau mengetuai Yale Clinic dalam perkembangan kanak-kanak, yang diasakan pada 1911. Gesell menjalankan kajian-kajian terkenalnya kepada ratusan kanak-kanak, pada tahun 1910 hingga 1930
Projeknya membawa kanak-kanak ke makmal Yale, di mana kanak-kanak akan diberikan cabaran mental dan kelakuan meliputi loceng-loceng dan bola-bola. Beliau merekod dengan cermat jawapan-jawapan dalam nombor-nombor, gambar-gambar, dan filem-filem. Separuh daripada kanak-kanak dari hasil kajiannya ditakrifkan sebagai “normal
Gesell bercita-cita untuk membentuk norma-norma sedunia dalam pembangunan kanak-kanak yang bermula pada kelahiran. Idea pembangunan itu mengikuti pola-pola tetap sepanjang masa dalam keadaan hari ini, tetapi kemudiannya satu cara baru telah dijumpai dalam pemikiran perkembangan pertumbuhan. Teknologi gunaan dalam penyelidikan Gesell menghasilkan satu skala (satu ujian) yang berjanji mengukur kanak-kanak sama ada yang sedang membangun biasanya atau menyeleweng daripada bentuk-bentuk diramalkan mengnai mental, linguistik, dan pertumbuhan sosial
Dengan mengukur lebih kepada kebijaksanaan, atau IQ. (“darjah kecerdasan"), penimbang Gesell bergerak melebihi generasi pertama ujian mental. Mereka mengunakan dengan meluasnya dalam perubatan dan bidang pendidikan. Dalam penerimaan, mereka akan menggunakan untuk menentukan jika anak-anak ada berkelayakan untuk pperingkat pertama. Skala Gesell juga berpandukan kanak-kanak yang sedang ditempatkan dibawah jagaan ibu bapa.
Gesell percaya bahawa perkembangan itu adalah berisiko dan malah tidak sesuai untuk sesetengah kanak-kanak, tetapi beliau juga percaya bahawa risiko itu boleh diukur dan diramalkan dalam perkembangan. Ini membuat beliau seorang yang optimis dalam teknologi. Beliau kurang cenderung daripada kebanyakan teman-teman sebayanya terhadap eugenik dan pandangan kanak-kanak banyak bergantung kepada unadoptable kerana mereka adalah produk bagi sesuatu keturunan yang tidak baik. Gesell percaya ujian pembangunan untuk menghalang perkembangan kanak-kanak cacat, tetapi beliau juga membuat teori perkembangan yang lebih baik untuk kanak-kanak dan penglibatan orang dewasa
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Gessel pada tahun 1926: Sistematik psychoclinical ujian-ujian bukan sahaja akan mengurangkan bahan-bahan buangan bagi ralat. Perlindungan klinikal bukan boleh menyelesaikan semua masalah-masalah bagi pengambilan anak tetapi mereka boleh berterusan meningkatkan kaedah-kaedahnya dan membuat mereka kedua lebih saintifik dan berperikemanusiaan."

Teori perkembangan Arnold Gesell (1880-1886)
Arnold Gesell mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan yg berlainan. Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg membawa kepada perkembangan seterusnya . Arnold Lucius Gesell mementingkan baka sebagai penggerak dalam perkembangan. Menurut Gesel, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan tidak akan berjaya.
Gessel menegaskan semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang tertentu.Pertumbuhan dan perkembangan tisu-tisu organ berlaku mengikut urutan yang tertentu yang dikawal oleh kematangan. Bagi beliau faktor-faktor persekitaran dalam perkembangan kanak-kanak tidak penting kerana biasanya tingkah laku sesorang kanak-kanak itu senang diramal dan ditentukan mengikut pola-pola perkembangannya. Peringkat perkembangan kanak-kanak biasanya berbeza-berbeza antara setiap individu kerana tahap perkembangan merekan adalah berlainan bagi setiap individu.

Gesell menekankan bahawa setiap individu adalah unik dan keunikan atau individuality seharusnya dihormati. Kanak-kanak harus deibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangannya yang sendiri. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut tidak boleh dipaksa untuk membuat sesuatu tanpa meggambil kira peringkat kematangan serta peringkat perkembangannya.Gesell berpendapat bahawa pertumbuhan dan perkembangan dikawal dari dalam. Corak perkembangan kanak-kanak ini dikawal oleh kematangan. Gesell juga menegaskan bahawa lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan aspek yang lain yang membawa kepada perkembangan yang seterusnya.


Gesell membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat.
Peringkat pertama.(0- 1tahun)
Ketika bayi berumur satu bulan bayi boleh menghasilkan tangisan yang berbeza untuk menyatakan kehendak yang berlainan. Bayi ini akan menghasilkan tangisan yang berlainan apabila mereka sakit,lapar dan sebagainya. Sebagai contohnya tangisan bayi yang lapar adalah berlainan dengan tangisan bayi yang meminta perhatian daripada ibunya.
Apabila bayi ini berumur empat bulan,mata bayi ini boleh mengikuti objek yang bergerak. Sebagai contonya apabila kita memetik tangan kepada bayi tersebut dia akan melihat pergerakan tangan kita. Dia juga akan ketawa bila rasa gembira. Ini adalah peringkat awal dalam perkembangan emosi kanak-kanak.
Semasa umur meningkat enam bulan, bayi sudah boleh menggengam sesuto objek. Ketika berumur tujuh bulan,bayi boleh duduk dan merangkak. Bayi ini juga boleh meletakkan satu objek diatas satu objekyang lain.Perkembagan psikomotor semakin meningkat. Ketika berumur 12 bulan bayi boleh berdiri dan memgang kerusi.

Peringkat kedua (1-2 tahun)
Pada peringkat ini,kanak-kanak sudah boleh bertatih-tatih serta memahami makna jangan. Disini bayi ini akan peka kepada arahan apabila ibubapa melarangnya membuat sesuatu. Pada akhir peringkat ini,dia boleh berjalan dan berlari. Selain itu pada peringkat ini juga bayi ini boleh mula bercakap tetapi masih pelat.
Peringkat ketiga (2-3 tahun)
Kanak-kanak mula berjalan dengan dipimpin oleh ibu bapa.Pada peringkat ini kanak-kanak ini boleh makan sendiri serta boleh bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah.
Peringkat keempat (3-4 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya menunggang basikal beroda tiga. Arahan mudah daripada ibu bapa dapat diterima.
Peringkat Kelima
Kanak-kanak mula bersosialiti, serta berupaya megemukakan soalan berperingkat-peringkat. Pada masa perkembangan ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke kelas prasekolah.

Menurut Arnold Gesell (1880-1961), baka yang dikaitkan dengan endogen merupakan faktor penting perkembangan kanak-kanak yang membentuk tingkah laku. Oleh yang demikaian, pemeriksaan doktor perubatan khusus terhadap murid-murid mundur perlu diberikan. Kemudahan patut disediakan untuk memulihkan penyakit atau kecacatan yang didapati melalui pemeriksaan itu. Bantuan cermin mata boleh diberikan kepada murid mundur yang disebabkan oleh masalah penglihatan begitu juga dengan alat bantuan pendengaran untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran. Kaunseling kepada ibu bapa harus diberikan kerana ada diantara mereka yang berasa malu atau gagal mengesan kecacatan mental yang dihadapi oleh anak mereka yang mundur.
Kajiselidik dalam mengenalpasti faktor biologi sebagai penyebab kecelaruan mood yang menyebabkan kemunduran adalah pesat dijalankan. Bidang penyelidikan tersebut adalah termasuk kajian genetik dalam bidang neuribiokimia. Fokus pendekatan biomedik pada unipolar depression kebelakangan ini adalah pada hipotesis catecholamine; iaitu teori yang menyarankan bahawa kemurungan murid mundur adalah hasil kurangnya aktiviti neurotransmitters-norepinephrine dan serotonin. Rawatan biologi masalah ini adalah dengan meningkatkan aktiviti neurotransmitters tersebut. Beberapa strategi telah menunjukkan kejayaan termasuk penggunaan dadah (trcylics, MAO inhibitors, dan PROZAC), ‘electroconvulsive shock therapy’ dan latihan aerobi

Implikasi teori Arnold Gessel terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Psikologi meupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik mengenai tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata dan selindung. Tingkah laku meliputi semua perkara yang dilakukan oleh manusia mahupun haiwan yang boleh diperhati dan diukur secara langsung. Tingkah laku termasuk perasaan, sikap dan pemikiran.
Dalam proses pembelajaran ke atas pengajaran dan pembelajaran kita sebagai guru harus mengkaji teori dalam memastikan hasil pembelajaran yang optimum. Ini amat penting untuk meningkatan keberkesanan aktiviti pengjaran pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teori yang boleh dikaji oleh bakal guru dan guru dalam memastikan keberkesanan dalam pengajaran
Implikasi teori gesell terhadap proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru memahami mengapa seseorang pelajar itu bertingkah laku sedemikian. Seorang guru memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar melalui pemerhatian dan tingkah laku pelajar itu dalam kelas. Dengan itu guru itu dapat mebuat pembtulan dan tunjuk ajar yang positif untuk kebaikan pelajar tersebut agar pekembangan pelajar tersebut tidak tidak mengalami masalah yang berterusan.

Disamping itu juga implikasi yang lain ialah guru dapat membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Disini guru berperanan penting dalam menerangkan kepada pelajar mengenai kemampuan mereka pada tahap ini dan pada peringkat mana mereka perlu menguasai sesuatu ilmu itu. Guru-guru akan menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah pasti guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru akan mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-murid.
Guru juga dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar-pelajarnya. Contohnya guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik yang membosankan itu dan cuba menggunakan teknik yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajarn pada tahap ini.
Teori ini juga mengajar guru supaya prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar. Guru-guru perlu sabar dalam mengendalikan dan membimbing pelajar pada tahap perkembangan ini. Contohnya guru-guru perlu mengelakkan daripada Marah samabil berteriak, membentak, berceramah tanpa henti, akan membuat guru orang yang melakukan tindak kekrasan verbal pada murid. Hal ini akan merosakkan penghargaan murid terhadap guru.Sekalipun murid melakukan tindakan yang memancing kemarahan guru sebaiknya berusaha untuk bersikap tenang.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangs sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Pada tahap ini guru perlu memastikan sukatan yang dan pembelajaran yang mana sesuai untuk para pelajar. Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid megikuti dan memahami sesuatu pembelajaran. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti.
Guru dapat membuat intervensi dan assement untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar. Menyediakan dan menjalankan saringan untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Menyediakan dan menjalankan saringan untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkan dengan rapi dan tersusun.
Guru-guru berbincang dengan ibu bapa tentang tingkah laku yang perlu dilakukan untuk bersama-sama mengatasi masalah pelajar. Guru akan berbincang dengan ibu bapa pelajar langkah yang sesuai agar dapat membantu pelajar-pelajar dalam proses perkembangannya dalam pembelajaran supaya tidak tercicir. Mengemukakan cadangan-cadangan kepada ibu bapa atau penjaga murid tentang bagaimana hendak membantu anak-anak mereka di rumah, demi kepentingan pembelajaran murid-murid itu.
Guru dapat meramal tingkahlaku,kegemaran dan apa yang disenangi pelajar pada peringkat ini.Pada peringkat ini guru-guru dapat megetahui dan memahami aktiviti pembelajaran apa yang disukai dan menarik minat mereka dan perkara yang tidak diminati.
Guru juga dapat merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar. Aktiviti-aktivit peneguhan yang berterusan harus dilakukan untuk mengawal tingkah pelajar dan pergerakan. Sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar agar tidak melakukan tingkah laku yang tidak elok yang boleh mendatangkan keburukan pada diri mereka.

Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa teori arold gesell banyak membantu seorang guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah untuk memastikan hasil pembelajaran yang optimun. Dengan menggunakan teori ini juga akan dapat menigkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah. Ini kerana teori perkembangan arnold gesell mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran
Sudah menjadi tangungjawab guru dalam menunjukkan contoh yang baik supaya menjadi ikutan murid-murid di dalam kelas. Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan perkembangan dapat dibentuk dan dikekalkan.
Gessel menegaskan semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang tertentu. Dengan itu guru-guru haruslah manjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian perkembangan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu. Lagkah ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam kelas.







Friday, May 29, 2009

Masalah Remaja Pada Masa Kini

1.0 MASALAH TINGKAH LAKU
Putrajaya - isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat seperti budaya skinhead, budaya punk dan budaya black metal, isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit serta vandalisme turut berlaku dalam keluarga di Malaysia. Isu mat rempit misalnya sangat membimbangkan masyarakat kita pada hari ini kerana ia bukan lagi merupakan satu isu yang baru malah telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Berdasarkan kajian yang dibuat sekitar tahun 80an dan awal 90an gejala ini hanya bertumpu di Kuala Lumpur sahaja, tetapi kini sudah merebak hampir ke semua negeri di Malaysia. Malahan, di ceruk-ceruk kampung sekalipun tanpa mengira batas umur dan bangsa. Aksi mat rempit ini juga sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudiannya mencuba aksi berbahaya dengan basikal mereka.

Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun. Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Daripada statistik tersebut didapati Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan).

Remaja perempuan pula dikaitkan dengan isu pembuangan bayi yang kian beleluasa terutama di bandar-bandar besar. Seperti yang diketahui umum masalah pembuangan bayi ini bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di Negara ini malah sudah sekian lama sehingga turut merebak ke kawasan luar bandar. Dahulu pada zaman Arab Jahiliyah gejala ini dikaitkan dengan pembuangan anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat tetapi kini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka berlaku pengguguran serta pembuangan bayi untuk menutup segalakeaiban yang telah dilakukan. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati
di merata tempat.
Tahukah kita bahawa fenomena seks bebas sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pihak kerajaan dan bukan kerajaanperlu bekerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkanlagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Menurut statistik juga, catatan tentang usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalamtempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes. Gejala pembuangan bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius.
Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Statistik yang diperoleh oleh PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan. Jelas di sini menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Saban hari kita mendengar isu gejala sosial yang membabitkan golongan remaja hangat diperkatakan dan secara tidak langsung menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Beberapa kajian akademik telah dijalankan dan didapati masalah sosial remaja ini mempunyai hubungan yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?
Seperti yang kita tahu remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Jadi pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan apa sahaja perkara baru yang berlaku di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin mencuba. Jika perkara tersebut membawa kepada kebaikan dan menguntungkan mereka jadi adalah baik untuk remaja itu mencuba, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada pemantauan daripada orang-orang yang sepatutnya seperti para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi disebabkan perasaan ingin tahu, mendorong mereka melakukan apa sahaja yang diinginkan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-perkara tersebut.
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya, terutamanya dalam kalangan remaja lelaki, turut menjadi penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks dan gejala sosial lain tanpa tahu risikonya. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja itu sendiri turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Sebenarnya mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Walaupun tidak semua apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja seperti program-program realiti televisyen serta rancangan-rancangan yang bercorak hiburan.
Misalnya corak pergaulan remaja yang ditunjukan jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan dipaparkan di CD atau lain-lain media yang mudah diperolehi.
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala social dalam kalangan remaja. Terdapat keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada remaja sehingga menjadi peyumbang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluaraga yang hanya hidup tetapi tidak diperduli dan tidak diberi perhatian dari segi kerohanian, kesedaran,nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jikaberpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan pula biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Akibat tiada panduan untuk menjalani kehidupan memudahkan mereka terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai. Institusi keluarga perlu menitikberatkan asas agama yang teguh dan faktor kesibukan bukannya alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka.
Permasalahan keruntuhan ahklak remaja merupakan suatu topik yang seringkali dikaji. Hal ini menunjukkan terdapat kesedaran di kalangan masyarakat untuk berusaha mengenalpasti punca-punca dan kelemahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini sehingga timbulnya masalah ini dalam negara. Justeru itu isu-isu ini turut memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut malah kepada masyarakat dan negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala sosial ini yang boleh merosakkan masa depan negara.





2.0 LANGKAH-LANGKAH

PETA MINDA
Peranan ibu bapa
-Beri perhatian & memerhati gerak geri anak.
-mengetahui & mengenalpasti masalah anak-anak dengan meluangkan masa untuk bergaul dengan mereka.






langkah @ cara untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja

Pendekatan akademik
-menambah aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
-Buat perubahan terhadap bahan bantu mengajar untuk menarik minat remaja.





Langkah pencegahan yang sesuai
-mengadakan sesi kaunseling dan motivasi
-melantik kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memantapkan pelaksanaan


Penguatkuasaan Undang-Undang
- Bidang kuasa polis perlu untuk mendisiplinkan para remaja
-semua pihak berperanan untuk merujuk masalah kepada pihak polis



Mewujudkan sistem perundangan di sekolah & peranan PIBG
-buat undang-undang di sekolah yang boleh menimbulkan rasa takut
-tanggungjawab & peranan semua pihak

3.0 KESAN KEPADA PIHAK-PIHAK LAIN.
Pembuangan bayi.
Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.
Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut. Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya? Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.
Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja.
Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati. Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah. Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi.
Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.
Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.
Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat. Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang “Safe Haven” yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah.
Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang “Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah www.robynsnest.com/.Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita? Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini
Apakah kesan pembuangan bayi?
Perubatan
Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini akan berlaku kerana bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna akan mudah mendapat kematian awal kerana tiada rawatan yang khusus diberikan.
Kesihatan ibu dan yang terjejas akibat:
Kehilangan darah
Ini terjadi kerana ibu tidak bersalin secara baik kerana sesetengah ibu mengambil jalan mudah dengan bersalin di tandas, di tepi semak dan tempat yang sepatutnya. Oleh itu, ibu akan kehilangan banyak darah dan memungkinkan berlaku banyak komplikasi terhadap ibu tersebut.
Jangkitan kuman.
Kebarangkalian ibu mendapat jangkitan kuman adalah tinggi, kerana ibu tidak mendapat rawatan secukupnya kerana ibu kadang kala tidak tahu anak yang dilahirkan cukup bulan ataupun pramatang. Anak yang baru dilahirkan juga senang mendapat jangkitan kuman kerana tiada rawatan seperti suntikan dan tiada pembersihan bayi di lakukan.
Kecederaan sewaktu bersalin
Ibu mudah mendapat kecederaan kerana tiada kelengkapan yang cukup semasa proses bersalin berlaku. Ini akan menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dari hospital.


Psikologi dan sosial
a) Murung
Sebab pertama apabila seseorang yang telah membuang bayi, biasanya dia akan berasa murung. Ini terjadi kerana setelah dia mengambil keputusan membuang bayi tersebut dia ingin mengetahui keadaan bayi tersebut samada hidup ataupun mati.
b) Hilang keyakinan diri
Seseorang itu akan hilang keyakinan diri kerana setelah bayi dibuang, dia merasakan hidupnya tidak lagi bermakna dan tidak dapat menguruskan hidup dengan baik dan kadang-kadang ada yang mengambil jalan penyelesaian yang mudah seperti membunuh diri, kerana tidak sanggup menghadapi tekanan perasaan yang melampau,
c) Rasa bersalah
Biasanya ibu akan mengalami rasa bersalah kerana membuang bayi tanpa kerelaan diri sendiri dan rasa bersalah kerana tidak mengetahui anak yang dilahirkan mati ataupun masih hidup.
d) Resah atau gelisah dan masalah emosi
Ibu akan berasa resah dan gelisah kerana takut pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajar ke atas diri mereka. Ibu akan mengalami masalah emosi yang melampau dan ini akan menjejaskan kehidupan seharian.
e) Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan
Hubungan kekeluargaan akan terputus kerana mereka tidak lagi mempercayai kerana perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral dan di luar batasan kemanusian.

Kesan terhadap masyarakat
a) Akan lahirlah generasi yang tidak mempunyai keturunan yang baik dan akan dipandang serong oleh masyarakat. Ini adalah bertentangan dengan norma masyarakat timur yang mementingkan kehidupan bermasyarakat yang sempurna.


Kesan gejala rempit
Kesesakan lalu lintas
Akibat daripada gejala rempit yang semakin berleluasa dan secara berkumpulan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Golongan rempit ini akan bermaharajalela dan menguasai jalan raya dan malah lebih teruk lagi golongan ini berani menutup jalan-jalan tertentu yang digunakan sebagai laluan mereka beraksi. Ini akan mengakibatkan pengguna jalan raya lain tidak dapat menggunakan jalan tersebut. Sebagai contoh masalah ini ketara dan dapa dilihat di pusat-pusat Bandar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.
Menyebabkan bunyi bising
Kebiasaaannya golongan rempit ini mengubahsuai system ekzos motosikal masing-masing kononnya untuk mencapai kepuasan maksima. Namun disebaliknya kesan kepada masyarakat dan persekitaran bahawa bunyi bising daripada motosikal mereka itu mengganggu ketenteraman awam. Contohnya di kawasan-kawasan perumahan, bunyi bising ini boleh mengganggu isi rumah khususnya yang mempunyai anak kecil dan menyebabkan anak kecil ini terganggu.
Menyebabkan kemalangan
Golongan rempit ini seperti yang kita sedia maklum menjadikan laluan-laluan utama untuk mereka merempit sekaligus meraih perhatian masyarakat untuk dipertontonkan aksi mereka. Golongan ini memandu secara berbahaya dan menunjukkan aksi-aksi stunt. Kesan daripada ini, boleh menyebabkan kemalangan sekaligus meragut ramai nyawa. Golongan ini kebiasaannya memandu secara laju dan melulu malah mereka berani melanggar lampu isyarat dan boleh menyebabkan kemalangan melibatkan orang ramai. Ramai nyawa yang tidak berdosa mungkin hilang kerana sikap golongan ini.


Gejala sosial dan menularnya budaya kuning
Di akhir-akhir ini penglibatan pelajar-pelajar sekolah begitu ketara dalam kegiatan merempit ini dan ia akan mengundang gejala sosial yang semakin berleluasa kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan mengundang kepada perlakuan seks bebas. Ekoran daripada ini, terdapat permasaalahan lain yang akan timbul seperti pembuangan bayi, bohsia, kes-kes anak luar nikah, penagihan dadah dan sebagainya. Ini akan keruntuhan akhlak kepada generasi yang akan datang.