Friday, May 29, 2009

Masalah Remaja Pada Masa Kini

1.0 MASALAH TINGKAH LAKU
Putrajaya - isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat seperti budaya skinhead, budaya punk dan budaya black metal, isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit serta vandalisme turut berlaku dalam keluarga di Malaysia. Isu mat rempit misalnya sangat membimbangkan masyarakat kita pada hari ini kerana ia bukan lagi merupakan satu isu yang baru malah telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Berdasarkan kajian yang dibuat sekitar tahun 80an dan awal 90an gejala ini hanya bertumpu di Kuala Lumpur sahaja, tetapi kini sudah merebak hampir ke semua negeri di Malaysia. Malahan, di ceruk-ceruk kampung sekalipun tanpa mengira batas umur dan bangsa. Aksi mat rempit ini juga sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudiannya mencuba aksi berbahaya dengan basikal mereka.

Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun. Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Daripada statistik tersebut didapati Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan).

Remaja perempuan pula dikaitkan dengan isu pembuangan bayi yang kian beleluasa terutama di bandar-bandar besar. Seperti yang diketahui umum masalah pembuangan bayi ini bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di Negara ini malah sudah sekian lama sehingga turut merebak ke kawasan luar bandar. Dahulu pada zaman Arab Jahiliyah gejala ini dikaitkan dengan pembuangan anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat tetapi kini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka berlaku pengguguran serta pembuangan bayi untuk menutup segalakeaiban yang telah dilakukan. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati
di merata tempat.
Tahukah kita bahawa fenomena seks bebas sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pihak kerajaan dan bukan kerajaanperlu bekerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkanlagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Menurut statistik juga, catatan tentang usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalamtempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes. Gejala pembuangan bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius.
Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Statistik yang diperoleh oleh PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan. Jelas di sini menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Saban hari kita mendengar isu gejala sosial yang membabitkan golongan remaja hangat diperkatakan dan secara tidak langsung menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Beberapa kajian akademik telah dijalankan dan didapati masalah sosial remaja ini mempunyai hubungan yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?
Seperti yang kita tahu remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Jadi pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan apa sahaja perkara baru yang berlaku di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin mencuba. Jika perkara tersebut membawa kepada kebaikan dan menguntungkan mereka jadi adalah baik untuk remaja itu mencuba, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada pemantauan daripada orang-orang yang sepatutnya seperti para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi disebabkan perasaan ingin tahu, mendorong mereka melakukan apa sahaja yang diinginkan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-perkara tersebut.
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya, terutamanya dalam kalangan remaja lelaki, turut menjadi penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks dan gejala sosial lain tanpa tahu risikonya. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja itu sendiri turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Sebenarnya mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Walaupun tidak semua apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja seperti program-program realiti televisyen serta rancangan-rancangan yang bercorak hiburan.
Misalnya corak pergaulan remaja yang ditunjukan jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan dipaparkan di CD atau lain-lain media yang mudah diperolehi.
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala social dalam kalangan remaja. Terdapat keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada remaja sehingga menjadi peyumbang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluaraga yang hanya hidup tetapi tidak diperduli dan tidak diberi perhatian dari segi kerohanian, kesedaran,nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jikaberpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan pula biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Akibat tiada panduan untuk menjalani kehidupan memudahkan mereka terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai. Institusi keluarga perlu menitikberatkan asas agama yang teguh dan faktor kesibukan bukannya alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka.
Permasalahan keruntuhan ahklak remaja merupakan suatu topik yang seringkali dikaji. Hal ini menunjukkan terdapat kesedaran di kalangan masyarakat untuk berusaha mengenalpasti punca-punca dan kelemahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini sehingga timbulnya masalah ini dalam negara. Justeru itu isu-isu ini turut memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut malah kepada masyarakat dan negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala sosial ini yang boleh merosakkan masa depan negara.





2.0 LANGKAH-LANGKAH

PETA MINDA
Peranan ibu bapa
-Beri perhatian & memerhati gerak geri anak.
-mengetahui & mengenalpasti masalah anak-anak dengan meluangkan masa untuk bergaul dengan mereka.






langkah @ cara untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja

Pendekatan akademik
-menambah aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
-Buat perubahan terhadap bahan bantu mengajar untuk menarik minat remaja.





Langkah pencegahan yang sesuai
-mengadakan sesi kaunseling dan motivasi
-melantik kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memantapkan pelaksanaan


Penguatkuasaan Undang-Undang
- Bidang kuasa polis perlu untuk mendisiplinkan para remaja
-semua pihak berperanan untuk merujuk masalah kepada pihak polis



Mewujudkan sistem perundangan di sekolah & peranan PIBG
-buat undang-undang di sekolah yang boleh menimbulkan rasa takut
-tanggungjawab & peranan semua pihak

3.0 KESAN KEPADA PIHAK-PIHAK LAIN.
Pembuangan bayi.
Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.
Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut. Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya? Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.
Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja.
Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati. Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah. Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi.
Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.
Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.
Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat. Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang “Safe Haven” yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah.
Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang “Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah www.robynsnest.com/.Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita? Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini
Apakah kesan pembuangan bayi?
Perubatan
Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini akan berlaku kerana bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna akan mudah mendapat kematian awal kerana tiada rawatan yang khusus diberikan.
Kesihatan ibu dan yang terjejas akibat:
Kehilangan darah
Ini terjadi kerana ibu tidak bersalin secara baik kerana sesetengah ibu mengambil jalan mudah dengan bersalin di tandas, di tepi semak dan tempat yang sepatutnya. Oleh itu, ibu akan kehilangan banyak darah dan memungkinkan berlaku banyak komplikasi terhadap ibu tersebut.
Jangkitan kuman.
Kebarangkalian ibu mendapat jangkitan kuman adalah tinggi, kerana ibu tidak mendapat rawatan secukupnya kerana ibu kadang kala tidak tahu anak yang dilahirkan cukup bulan ataupun pramatang. Anak yang baru dilahirkan juga senang mendapat jangkitan kuman kerana tiada rawatan seperti suntikan dan tiada pembersihan bayi di lakukan.
Kecederaan sewaktu bersalin
Ibu mudah mendapat kecederaan kerana tiada kelengkapan yang cukup semasa proses bersalin berlaku. Ini akan menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dari hospital.


Psikologi dan sosial
a) Murung
Sebab pertama apabila seseorang yang telah membuang bayi, biasanya dia akan berasa murung. Ini terjadi kerana setelah dia mengambil keputusan membuang bayi tersebut dia ingin mengetahui keadaan bayi tersebut samada hidup ataupun mati.
b) Hilang keyakinan diri
Seseorang itu akan hilang keyakinan diri kerana setelah bayi dibuang, dia merasakan hidupnya tidak lagi bermakna dan tidak dapat menguruskan hidup dengan baik dan kadang-kadang ada yang mengambil jalan penyelesaian yang mudah seperti membunuh diri, kerana tidak sanggup menghadapi tekanan perasaan yang melampau,
c) Rasa bersalah
Biasanya ibu akan mengalami rasa bersalah kerana membuang bayi tanpa kerelaan diri sendiri dan rasa bersalah kerana tidak mengetahui anak yang dilahirkan mati ataupun masih hidup.
d) Resah atau gelisah dan masalah emosi
Ibu akan berasa resah dan gelisah kerana takut pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajar ke atas diri mereka. Ibu akan mengalami masalah emosi yang melampau dan ini akan menjejaskan kehidupan seharian.
e) Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan
Hubungan kekeluargaan akan terputus kerana mereka tidak lagi mempercayai kerana perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral dan di luar batasan kemanusian.

Kesan terhadap masyarakat
a) Akan lahirlah generasi yang tidak mempunyai keturunan yang baik dan akan dipandang serong oleh masyarakat. Ini adalah bertentangan dengan norma masyarakat timur yang mementingkan kehidupan bermasyarakat yang sempurna.


Kesan gejala rempit
Kesesakan lalu lintas
Akibat daripada gejala rempit yang semakin berleluasa dan secara berkumpulan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Golongan rempit ini akan bermaharajalela dan menguasai jalan raya dan malah lebih teruk lagi golongan ini berani menutup jalan-jalan tertentu yang digunakan sebagai laluan mereka beraksi. Ini akan mengakibatkan pengguna jalan raya lain tidak dapat menggunakan jalan tersebut. Sebagai contoh masalah ini ketara dan dapa dilihat di pusat-pusat Bandar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.
Menyebabkan bunyi bising
Kebiasaaannya golongan rempit ini mengubahsuai system ekzos motosikal masing-masing kononnya untuk mencapai kepuasan maksima. Namun disebaliknya kesan kepada masyarakat dan persekitaran bahawa bunyi bising daripada motosikal mereka itu mengganggu ketenteraman awam. Contohnya di kawasan-kawasan perumahan, bunyi bising ini boleh mengganggu isi rumah khususnya yang mempunyai anak kecil dan menyebabkan anak kecil ini terganggu.
Menyebabkan kemalangan
Golongan rempit ini seperti yang kita sedia maklum menjadikan laluan-laluan utama untuk mereka merempit sekaligus meraih perhatian masyarakat untuk dipertontonkan aksi mereka. Golongan ini memandu secara berbahaya dan menunjukkan aksi-aksi stunt. Kesan daripada ini, boleh menyebabkan kemalangan sekaligus meragut ramai nyawa. Golongan ini kebiasaannya memandu secara laju dan melulu malah mereka berani melanggar lampu isyarat dan boleh menyebabkan kemalangan melibatkan orang ramai. Ramai nyawa yang tidak berdosa mungkin hilang kerana sikap golongan ini.


Gejala sosial dan menularnya budaya kuning
Di akhir-akhir ini penglibatan pelajar-pelajar sekolah begitu ketara dalam kegiatan merempit ini dan ia akan mengundang gejala sosial yang semakin berleluasa kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan mengundang kepada perlakuan seks bebas. Ekoran daripada ini, terdapat permasaalahan lain yang akan timbul seperti pembuangan bayi, bohsia, kes-kes anak luar nikah, penagihan dadah dan sebagainya. Ini akan keruntuhan akhlak kepada generasi yang akan datang.